Ajal Mengintaimu Bersedialah.

jenazah

بسم الرحمن الرحيم
السلام عليكم…

*وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ*

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh waktu (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan”
[Surah al-A’raf 34]

#Seandainya manusia mengetahui bahawa berlalunya waktu itu bermaksud telah hampir kematian dengan diri mereka dan telah berlalu usia dan kehidupan mereka maka nescaya manusia akan sentiasa berwaspada, berjaga2 dan memanfaatkan masa/waktu dengan bersungguh-sungguh dan sebaik-baiknya serta dipenuhi dengan amal yang menjana pahala dan menyelamatkan dr siksa.

Berkata Imam Hasan al-Basri rahimahullah:

*يا ابن آدم إنما أنت أيام ! ، فإذا ذهب يوم ذهب بعضك*

*”Wahai anak Adam, kamu sesungguhnya hanyalah sekadar himpunan hari-hari. Lalu apabila sehari telah berlalu maka sebahagian daripada dirimu juga telah hilang”*

*Sebab itu disebut bahawa الوقت هو الحياة waktu itu ialah kehidupan.

INGAT
Jangan sesekali membuang waktu dan mensia – siakannya,  kerana mereka yang sudah berada di dalam kubur pasti sangat mencemburui diri kita. Penuhi waktu luang dengan perkara2 yg bermanfaat dan berpahala.

*وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ*

“Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata”
[Surah Yunus 61]

*Semoga kita termotivasi untuk menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya dan diisi untuk menjana pahala sebanyak-banyaknya sebelum ajal menjemput kita*

ya Allah, berilah kesedaran kpd diriku utk mengingati ajal kematianku

Rezeki Itu Luas.

mb.jpeg

Satu masa dahulu bila sebut ‘rezeki’ apa yang terlintas difikiran adalah wang yang banyak,harta yang melimpah ruah,kenderaan yang besar,rumah dan serba-serbi kemewahan.Namun apabila diteliti sebenarnya makna rezeki itu sebenarnya amat luas sekali.

Bila kita ‘perhatikan’ disekeliling kita berapa banyak kurniaan rezeki dari Allah untuk kita.

Contoh:udara yang kita hirup,cahaya matahari,angin yang bertiup memberikan keselesaan kepada kita,hujan,rakan-rakan yang baik,keluarga yang bahagia,kesihatan yang baik,masa yang banyak untuk melakukan ibadah,ilmu yang baik dan bermacam-macam lagi sumber rezeki dari Allah.

Hakikatnya berapa ramai antara kita yang bersyukur dan menyedari bahawa sumber rezeki dari Allah itu amat-amat luas sekali?

Ya,mungkin betul ada dikalangan kita yang berpendapatan rendah dan merasakan bahawa Allah tidak menurunkan rezeki yang banyak kepada kita.Namun sebenarnya Dia telah menurunkan rezeki yang banyak kepada kita tetapi dalam bentuk yang lain seperti contoh diatas.

Sebenarnya Allah sedang  menguji tahap keimanan kita.Mungkin ujian ini penyebabnya kita berusaha mencari ilmu dan juga ruang-ruang untuk meningkatkan lagi  pendapatan kita.

Apa yang penting sekarang kita perlu teruskan kerja-kerja dan jangan sesekali kita mengabaikan suruhan dan laranganNya.Berdoa dan berusahalah agar Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada kita.

Insyaallah.

Amiin.

 

 

Bersedekah Tidak Mengurangkan Harta.

 

 

keistimewaan-bersedekah.jpg

Dari Abu Hurairah :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”

( HR Muslim dan Tirmidzi )

 

”Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (balasannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”

(Al-Hadid:18)

Mari kita sama-sama perbanyakkan sedekah kita.Moga-moga dengan amalan bersedekah itu nanti dengan izin Allah,rezeki akan bertambah makmur dan berkat.

Tak tahu macam mana nak mula sedekah?Senyum itu kan satu sedekah,so senyumlah!

Selamat beramal.

Kuasa Sedekah.

er

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya…

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

#1
Sebagaimana firman Allah, “…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah…..” -(surah al munafiqun:10)

-Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dpt solat” atau “supaya aku dpt berpuasa”?

-Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya..”

#2
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

#3
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

#4
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

#5
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

#6
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanyanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya.

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah

C n P

5 Jenis Rezeki Dari ALLAH.

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

Silaturrahim Menjemput Rezeki.

love

 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Dari Anas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim).” (Abu Daud)

Pengertian;

Antara kebahagiaan seorang apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang dengan ahli keluarga dan berhubung mesra.

Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga ialah diluaskan rezeki (murah rezeki) dan dipanjangkan umur barakah (usia yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal solleh).

Sama2 lah kita memelihara silaturrahim terutamanya ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan rakan-rakan.

Semoga bermanfaat.

Cerita Pasal Rezeki.

 

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

+ “Assalamu ‘alaikum”

– “Waalaikum salam”

+ “Bagaimana jualan akhbar tuan?”

– “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini”

– “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

– “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

– “Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

– “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

+ “Kalau tidak ada yang boleh dimakan”?

– “Bererti rezeki saya berpuasa”

+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”

– “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan”. Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat …
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya.

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung…
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri.

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.

Sahabat …
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Credit : Ustaz Suhaimi Abdul Karim

 

Kebahagian tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

 
Tetapi wang ringgit boleh membantu hidup kita supaya
hidup tidak meminta-minta dan merempat sana-sini.
Kadang boleh sedikit beri senyuman pada yang memerlukan.
Jika  hidup kita susah,kita selalu bersyukur kerana nikmat
yang tuhan telah berikan kepada kita.
Begitu juga kalau kita hidup senang..
jangan pernah lupa untuk mengingatinya..semua itu adalah ujian.
Tetapi harus kita ingat,jika kita susah jangan lah kita lebih hampir
dengan kemungkaran.
Sudah lah kurang harta dunia,disana nanti jangan lah kita juga miskin
Sebaik-baik manusia adalah kaya didunia dan kaya juga di akhirat.
Oleh itu mari lah kita semua menjadi kaya raya dengan harta dunia
dan juga perbanyak kan amal soleh sebagai bekalan untuk ke jambatan
keseberang sana pula.

Hakikat Rezeki

Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak miskin.
Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak gila.
Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, Terima kasih Allah aku tidak sakit.
Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak mati.
Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa kamu tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini untuk memberikan anda peluang untuk hidup hari yang lain?
Kehidupan:
Untuk memahami dengan lebih baik, anda perlu pergi ke 3 lokasi:
1. Hospital,
2. Penjara &
3. Kubur.
* Di Hospital, anda akan memahami bahawa tiada apa yang lebih cantik daripada KESIHATAN.
* Dalam Penjara, anda akan melihat KEBEBASAN itu adalah perkara yang paling berharga.
* Diperkuburan, anda akan menyedari bahawa hidup ini tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung kpd kita di hari esok.
Oleh itu,marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya.

Kredit:
Tuan Mohamad Hafizi