Mengapa Rezeki Semakin Sempit?

a

Dewasa ini ramai, orang samaada lelaki atau wanita berusaha bertungkus lumus membuat kerja-kerja tambahan atau sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Dengan kemajuan teknologi kini ramai orang dapat melakukan kerja sambilan mereka secara dalam talian sahaja.Dengan platform facebook,instagram,twitter dan banyak lagi media internet boleh digunakan untuk menjalankan kerja atau perniagaan secara sambilan.

Ada dikalangan mereka yang berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan .Namun setelah beberapa ketika menjalankan kerja-kerja sambilan,ada sebahagian mereka merasakan mereka menghasilkan pendapatan yang baik akan tetapi duit seperti tidak pernah cukup.

Ada sahaja perkara-perkara yng tidak dijangka berlaku seperti barangan kerap rosak atau hilang,sering ditimpa masalah atau sakit,tak mampu lunaskan hutang,duit cepat habis,gelisah setiap hari memikirkan rezeki yang cepat masuk tapi cepat keluar!.

Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, tentunya akan mengganggu fikiran dan emosi mungkin juga akan mengganggu rumahtangga.

Ada baiknya  berehat seketika dari urusan kerja tetap atau sambilan.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-perlahan.Bertenang dan cuba kenal pasti apa punca-punca perkara itu berlaku.

Berkemungkinan besar berpunca dari perhubungan dengan Allah bermasalah seperti amalan wajib yang terabai apalagi amalan sunat!

Mari sama-sama bermuhasabah diri ,perbaiki amalan-amalan wajib atau sunat yang mungkin terabai sebelum ini.

Luangkan sedikit masa untuk menambah ilmu dunia dan akhirat.InsyaAllah akan dipermudahkan mencari rezeki yang baik.

 

 

 

 

, السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

                                                            doa 2

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu  Ya Allah.

Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Ya Allah bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.

Ya Allah, kami kirimkan Do’a  untuk saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan orang-orang yang kami hormati serta orang-orang yang kami cinta yang se-aqidah dan se-iman dengan kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan, tawadhu’ dalam Iman, keluarga yang bahagia, rezeki yang barokah, serta terimalah amal ibadah kami.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Amalan Kebahagiaan Hidup.

father-1633655_640

Dalam satu group tertutup,admin atau ‘cikgu’ memberikan tugasan mudah kepada semua ahli.tugasan hendaklah disiapkan setiap hari dan melaporkan setiap tugasan sebelum 10 malam setiap hari.

Beliau meminta setiap ahli mengamalkan istighfar dan selawat 1000 x setiap hari.

Pada awalnya terasa agak sukar untuk melakukan,tapi apabila sudah biasa ianya mudah dibuat.kita diberikan masa 24 jam sehari,luangkan sedikit masa untuk beristighfar dan selawat 1000 x,tak lama pun lebih kurang ambil masa satu jam sahaja.lagipun ianya boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Amalkan secara berterusan insyaAllah pasti akan jiwa terasa tenang.buat sedikit demi sedikit,jika terasa berat 1000x , cuba dahulu 300x >500x>700x>1000x .

insyaAllah akan dipermudahkan untuk mengamalkan istighfar dan selawat sebanyak-banyak yang mampu.

Selamat beramal.

 

Rahsia Kekayaan Pemilik Carwash.

Car Washing

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

“Kereta bos ke tu?”

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum…

“Dari mana bos?”

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh…

“Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.

“Waww”!!!
Mesti best jawab hati aku.

“Saya dah 30 tahun dalam bidang ini,” katanya.

Aku tanya dia, “Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?”

Dia tersenyum dan katanya,

“Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas,” katanya.

Aku terdiam..

“Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

“Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan “pasti” akan ditunaikan.

“Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja ‘sekarang’. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

“Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!”

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,”

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

“Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, “Awak solat tak 5 waktu?”

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

“Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja,” katanya.

Ada yang berkata, “Abang tu bawa ‘Transformers’ pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je.” Katanya,

“Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.

“Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.

Satu lagi pesan saya. “Berkawan”, kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan…
Sllu kita akn tya apa rahsia utk kaya…tp kita lupa utk jg hubungan dgn Yang Maha Kaya…

Peringat utk diri sdri n kwn2 yg bakal kaya.
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. “Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku.” AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang – kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. “Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.”Aamiin. ♦ KITA SAHABAT KERANA ALLAH S.W.T. ♦ SENTAP ? Tandanya ada iman. Sbb tu la aku tegur then bash aku. Now perbaiki diri sendiri  nnt akhirat jgn jumpa aku tuntut bagai sbb tak tegur…

-C n P dari group Usahawan Dunia dan Akhirat.

3 Langkah Mudah Menarik Rezeki

bagaimana-untuk-murah-rezeki

1.Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Allah berfirman yang artinya: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui“. (Al-Baqarah: 261)

Nabi bersabda: “Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”(HR. Bukhari).

“Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah“. (HR. Al-Tarmizi).

 

  1. Menarik Rezeki dengan Berdoa

“Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan cara halus, bahawasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah la baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahawasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan).”

 

Surah Al-Baqarah ayat 186

“Tiap Muslim di muka bumi yang memohonkan suatu permohonan kepada Allah, pastilah permohonannya itu dikabulkan Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu kejahatan, selama ia mendoakan sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau memutuskan kasih sayang.” (HR Al-Tarmizî).

 

  1. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Waktu bermula solat sunat Dhuha 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir 28 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Bagaimana hendak melaksanakan solat sunat Dhuha?

Solat Dhuha sunat dilakukan 2 hingga 8 rakaat.

Lafaz niat.

“Sahaja aku solat sunat Dhuha kerana Allah Taala”

Selepas membaca surah al-Fatihah bacalah mana-mana surah yang mudah.

Selepas selesai memberi salam berdoalah:

“ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBAADAKASH SHALIHIN”.

Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

 

Mudahkan?

Selamat beramal & semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta berkat.