16 Petua Menambah Rezeki.

Petua menambah rezeki oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Mudah-mudahan dibulan Ramadhan yang mulia ini rezeki kita bertambah dan diberkati Allah.

InsyaAllah.

1.Patuh perintah Allah dan banyakan berdoa.
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah di waktu malam.
3. Taat/patuh kepada orang tua.
4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara: Solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur
mengingati Allah).
5. Selalu lakukan solat Taubat dan istighfar tiap-tiap malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki).
6. Melakukan solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki
terbuka – masalah selesai – hati menjadi lapang).
7. Tawakkal kepada Allah.
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas.
9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran.
10. Memberi makan kepada binatang dengan ikhlas.
11. Menunaikan haji dan umrah.
12. Membentuk silaturrahim.
13. Berumahtangga (bagi yang belum).
14. Berhijrah ke jalan Allah.
15. Amalkan doa-doa untuk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dalam Al-Mathurat).
16. Yang penting sekali, rajin berusaha.

15 PUNCA REZEKI SEMPIT.

Oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah Mengenai Rahsia Murah Rezeki.
Punca Masalah Rezeki Sempit:

1.Tidak mengingati Allah S.W.T.
2. Meninggalkan solat 5 waktu.
3. Enggan membayar zakat.
4. Derhaka kepada ibu-bapa.
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang).
6. Banyak dosa besar.
7. Makan harta riba.
8. Makan harta anak yatim.
9. Suka berbohong/ menipu.
10. Terlibat dengan rasuah (memberi atau menerima).
11. Membiarkan ahli keluarga derhaka.
12. Cuai ketika membuang air kecil. Ini beliau khususkan kepada orang lelaki. Jangan membuang air kecil sambil berdiri. Mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, dan sebagainya.
13. Sorok dan kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi / mengajar orang lain).
14. Suka mengadu domba.
15. Suka menabur fitnah.

Semoga kita tidak termasuk didalam golongan seperti diatas.

Rezeki Sempit Kerana Isteri Terluka

b

Syurga isteri bawah tapak kaki suami, itulah ungkapan yang sering dikatakan dan sebagai seorang wanita, iai haruslah menjaga kelakuan dan tatatertib menunaikan tanggungjawab supaya tidak membuat suami terluka. Namun begitu bagaimana pula jika suami membuat para isteri terluka. Baca penjelasan ustaz disini:

“Berdosa juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda malaikat sebagai derhaka kepada Allah SWT.

  • Kerana isteri, rezekimu bertambah.
  • Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
  • Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
  • Kerana isteri, tenang hati mu.
  • Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
  • Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

Apa pun, sama – samalah kita menjaga hati pasangan masing – masing untuk memastikan keluarga sentiasa bahagia. Lumrah sebagai manusia memang akan melakukan kesilapan dan tidak sempurna. Oleh itu, haruslah kita memupuk semangat bertolenrasi dan sentiasa melengkapi pasangan masing – masing.

 

Sumber

http://www.ohmymedia.cc

Salam ramadhan
Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga segala amal ibadah kita di terima Hendak nya.

Semoga kita di berikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalani fardhu ramadhan 

al-mubarak

Amin ya rabbal alamin.

3 JENIS KAWAN

3 sahabat

—-KATA IMAM AL-GHAZALI

– Kawan yang pertama,Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia
sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak blh diperolehi.

– Kawan kedua
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia.
Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan
nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

– Kawan yang ketiga
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam
bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.

Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI INSYAALLAH KITA AKAN SELAMAT.

REZEKI SEMPIT?

frustration

 

“Mengapa rezeki saya sempit walaupun bermacam-macam usaha telah dilaksanakan”..

 

Rezeki bukanlah wang ringgit atau harta benda  semata-mata. Jadi jika duit kita sikit atau harta tak berapa nak ada, jangan bimbang &  terus menerus mengatakan rezeki kita SEMPIT!

 

Antara REZEKI lain yang Allah kurniakan kepada kita :

 

 

  • Dapat mentaati perintah & meninggalkan larangan Allah.

 

  • Tubuh badan yang sihat.

 

  • Anak-anak yang sihat.

 

  • Pasangan hidup yg baik soleh/solehah.

 

  • Memiliki ilmu yang bermanfaat.

 

  • Mempunyai ingatan yang baik.

 

  • Rasa aman & tenteram.

 

  • Tiada masalah yang besar.

 

  • Dikelilingi sahabat-sahabat yang baik.

 

 

Semuanya yang di atas itu juga  REZEKI..

 

Jadi walaupun kita tidak banyak wang & harta tidaklah bermakna rezeki kita SEMPIT.

 

Bersyukur dengan apa yang kita ada & dalam masa yang sama gandakan usaha untuk menambahbaik sumber rezeki.

 

Wallahuaklam.

 

SIAPA YANG TAK TAKUT!

 

hiding-

Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah

Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita

7 Sebab Pasangan Suami Isteri Kehilangan Rezeki.

cd

Kehidupan berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang di sangka oleh ramai muda mudi.Walaupun kebanyakan perkahwinan itu berlaku atas dasar rasa cinta pada satu sama lain, namun adakalanya
perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian!
Statistik dari Jabatan Agama menunjukkan punca perceraian UTAMA adalah dari masalah kewangan dan pasangan yang kurang bertanggungjawab.

Islam menekankan usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi berkat.Allah menurunkan rezeki bukan hanya sekadar dalam bentuk wang ringgit,kesihatan dan juga pelbagai bentuk rezeki lain lagi bagi menjamin
kebahagian rumah tangga & keluarga.Malangnya, ramai yang memandang mudah sebab & punca kehilangan rezeki setelah berkahwinan dan mempunyai zuriat.

Allah telah menentukan setiap anak ada rezeki untuk mereka ,namun jika tanpa usaha dan beberapa punca seperti di bawah ini,besar kemungkinan pasangan & keluarga tersebut akan berpecah belah dan berakhir
dengan perceraian yang menyakitkan.
1. Sering bergaduh.
Elakkan bergaduh sesama pasangan, terutamanya hal-hal kewangan. Berbincanglah dengan baik dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki bakal disekat.

2. Merungut dan menganggap anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki dari Allah swt. Tanggungjawab ibu bapa mencari rezeki yang halal serta berkat untuk anak-anak & memberikan kasih sayang
tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Mengeluh sesama pasangani dengan apa yang tidak dimiliki.
Jangan mengeluh dan bersyukurlah dengan apa yang dimiliki samada banyak atau sedikit, kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kedekut dengan keluarga.
Jangan terlalu berkira dalam perkara yang baik untuk keluarga. Tanamkan sikap bertoleransi sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Kurang bijak mengawal emosi dan amarah
Jangan sesekali meninggikan suara dan gunakan perkataan yang baik-baik sahaja ketika bersama keluarga.Berilah layanan yang penuh mesra kepada ahli keluarga.

6. Kurang sabar dalam menangani karenah keluarga.
Bersabarlah dalam menangani karenah pasangan dan anak-anak. Adakalanya kita tidak suka akan sesuatu perkara itu.Namun,kita tetap perlu banyak bersabar dan fahami keadaan keluarga.Carilah jalan penyelesaian
secara baik.Sabar itu sepruh dari iman & salah satu punca menarik rezeki.

7. Tidak berdoa untuk kebahagiaan keluarga.
Jaga ibadah wajib disamping amalan sunat & sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk pasangan dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Isteri Ada Kaitan Dengan Rezeki Suami? Betul ke?

a

Seorang suami mengadu rezekinya asyik ‘sempit’.

 

“Semua serba tak cukup, terasa dunia ini sempit. Dah usaha bermacam-macam, semua cara sudah dibuat. Hati pun resah dan rasa nak marah saja. Kenapa ya ustaz?” soalnya.

 

“Ibu bapa abang masih ada lagi?” tanya saya.

 

“Mak dan ayah dah tiada,” balasnya.

 

“Abang ada isteri tak?”

 

“Ada ustaz, saya ada tiga orang anak,” katanya.

 

“Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat. Sebelum mula bekerja, solat dua rakaan. Nak buat apa-apa pun. minta pada Allah dulu,” nasihat saya padanya.

 

Dia diam termenung mendengar jawapan saya itu.

 

“Ustaz, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?” soalnya.

 

“Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita? Sangkaan dan isi hati mereka, doa yang kuat untuk kita.

 

“Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

 

“Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tidak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita?” jelas saya dan dia mengangguk setuju.

 

 

Saya lihat, dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

 

“Cuba abang mulakan dengan berbuat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya,” itulah pesanan terakhir saya padanya sebelum berpisah.

 

Selang beberapa minggu kemudian, dia datang berjumpa dengan saya semula.

 

“Ya Allah, rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya menjadi tenang bila saya memperbetulkan kesilapan saya, jaga hatinya dan menghargainya serta buat apa yang isteri suka,” kongsinya dengan wajah yang jelas bersyukur sangat.

 

Silaturrahim membuka pintu rezeki, inikan bersama isteri kita yang tercinta. Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang, kena sihir. Dah buat bermacam-macam, tetapi tetap mengalami kerugian.

 

Dia datang berjumpa dengan saya.

 

“Abang ada buat buruk pada isteri tak?”

 

“Ye ustaz, saya tipu isteri saya. InshaAllah saya akan perbetulkan kesilapan saya,” katanya.

 

Tidak lama kemudian, dengan izin Allah, rezekinya mencurah-curah.

 

Ramai orang kaya raya hidupnya menjadi sempit dan tidak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibu bapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki yang paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

 

Sumber:

https://www.facebook.com/ebitlewa